Takaful Kenderaan

Perbaharui Insuran Kenderaan Anda dengan mengisi borang sebutharga percuma di bawah dengan memberikan maklumat lengkap kenderaan di ruangan lain-lain.

Terima kasih.

Sudut Pengetahuan Am:

Tuntutan Cermin:

Setiap insuran atau takaful kereta komprehensif ataupun bahasa pasarnya dikenali sebagai "First Party" pasti memberi pilihan samada mahu menambah perlindungan bagi cermin atau tidak.

Untuk pengetahuan anda, cermin yang dimaksudkan adalah kesemua cermin disekeliling kereta anda dan bukannya terhad kepada cermin hadapan kereta sahaja.

Perlindungan adalah meliputi kerosakan/pecah akibat yang selain dari kemalangan. Contohnya terkena batu, retak secara tiba-tiba dan macam-macam lagi. 


Tuntutan boleh dibuat tanpa perlu membuat laporan polis iaitu melalui 2 cara:

1. Keluarkan duit poket sendiri dahulu, ganti cermin kereta anda di kedai yang anda sukai, kemudian bawa resit original, salinan ic pemilik kereta n pemandu, sijil insuran kereta original ke cawangan insuran atau takaful yang berhampiran.

2. Tanpa mengeluarkan duit poket sendiri, pergi ke bengkel panel bagi Insuran atau takaful kereta anda yang berhampiran atau kedai cermin kereta yang ada menguruskan tuntutan cermin kereta(cari kat internet), dengan membawa salinan ic pemilik kereta n pemandu, sijil insuran kereta original. Bengkel panel anda akan menukar cermin yang baru tanpa anda mengeluarkan duit sendiri(dengan syarat nilai cermin masih dalam lingkungan nilai perlindungan).

Dilain masa, saya akan berkonsi dengan anda sedikit pengetahuan bagi istilah-istilah seperti:
OD-KFK, Third party, Own Damage.... Insyaallah...